PRINSIP ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK
MODUL 1 – TENAGA ELEKTRIK, PENAGLIR DAN PENEBAT
OBJEKTIF KHUSUS 1. Menyenaraikan pelbagai kaedah penghasilan tenaga elektrik 2. Mengenal pasti jenis bekalan elektrik menggunakan osiloskop dan meter pelbagai 3. Menyambung sel dalam litar siri dan litar selari bagi menambah nilai voltan dan arus 4. Mengenal pasti jenis-jenis bahan pengalir dan bahan penebat 5. Mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi rintangan pengalir 6. Menghitung rintangan menggunakan formula R = p ( l / A ) 7. Menggunakan alat ukuran dan alat ujian dengan selamat |
PENCAPAIAN KOMPETENSI 1. KMPEE 01 : Menggunakan Osiloskop 2. KMPEE 02 : Menggunakan meter pelbagai 3. KMPEE 03 : Menyambung sel |
NOTA 1.1 : SUMBER TENAGA ELEKTRIK | |
A. SUMBER TENAGA ELEKTRIK DAN PENGHASILAN TENAGA ELEKTRIK | Contoh sumber tenaga elektrik : cahaya, haba, magnet, kimia, geseran, hidro, ombak, angin dll Kaedah penghasilan tenga elektrik 1) Tindakan keelektromagnetan 2) Tindakbalas sel suria 3) Tindak balas kimia |
B. JENIS-JENIS BEKALAN ELEKTRIK | |
C. SEL DAN BATERI | Jenis – jenis : i)Sel kering - Cth : bateri 3A, 1.5V, 9V ii)Sel basah – Cth : Bateri kereta, sel asid plumbum Ciri – ciri : -Boleh disambung secara siri, selari dan siri-selari -Cara penyambungan sel memberi kesan yang berbeza terhadap voltan dan arus -Setiap sumber bekalan mempunyai rintangan dalaman (ri ) yang mempengaruhi voltan keluarannya. - Jika rintangan dalaman sumber bekalan tinggi, voltan keluaran sumber bekalan akan menjadi rendah.Ini adalah kerana rintangan dalaman sesiri dengan beban dalam bekalan. |
D. MENGUKUR VOLTAN DAN ARUS | Contoh alat pengukuran voltan dan arus : 1)Meter pelbagai analog/digital – Meter Ohm, meter Amp AT/AU, meter Volt AU&AT 2)Osiloskop |
E. METER PELBAGAI | Terdapat dua jenis iaitu : i)Analog ii)Digital Kegunaan : -Untuk mengukur rintangan, arus AT/AU dan voltan AT/AU -Untuk menguji kerosakan komponen, pengujian diod, transistor -Jadual 2 menunjukkan cara sambungan meter pelbagai untuk pengukuran arus, voltan dan rintangan |
F. OSILOSKOP | Kegunaan : -Untuk mencari bentuk gelombang dan mengukur voltan AT/AU Ciri – ciri : -Paksi menegak pada layar skrin menunjukkan nilai voltan, manakala paksi mendatar mewakili masa suatu gelombang untuk membuat kitaran. -Boleh memaparkan bentuk-bentuk gelombang sinus, gerigi dan segi empat. -Rajah 1 menunjukkan bahagian-bahagian penting osiloskop |
NOTA 1.2 : PENGALIR DAN PENEBAT | |
A. PENGALIR | Ciri-ciri : -Membenarkan pengaliran arus kerana pergerakan elektron bebas dalam bahan pengalir -Mempunyai rintangan yang sangat rendah Contoh : -Emas, perak, kuprum, aluminium, besi, air, badan manusia Faktor-faktor yang mempengaruhi rintangan pengalir : i)Panjang dawai – Semakin panjang dawai,semakin tinggi rintangan ii)Luas keratan rentas – Semakin besar luas keratin rentas dawai semakin rendah nilai rintangan iii)Keberintangan bahan – Semakin besar nilai keberintangan bahan, semakin tinggi nilai rintangannya iv)Suhu persekitaran – Semakin tinggi suhu persekitaran, semakin tinggi nilai rintangan. |
B. PENEBAT | Ciri-ciri : -Mempunyai rintangan yang sangat tinggi Contoh : Kayu, getah, pvc… |
